Latar belakang Tadika Little Kelly Kindergarten
Tadika
Little Kelly Kindergarten telah ditubuhkan pada 5 Januari 2011 oleh Abdul Muiz Bin Muhamad yang juga
merupakan pengusaha tadika ini. Tadika ini terletak di Selangor beralamat Taman Millenium no 20, Lorong
Az-Zahrah,Rawang Selangor. Kedudukan
tadika ini yang berada dikawasan deretan perumahan menjadikan tadika ini terkenal dikawasan
tersebut.
Tadika ini merupakan hak milik
persendirian oleh En.Muiz yang dibantu oleh Pn. Norazila Binti Ismail.
Terdapat tiga orang guru yang menjadi
tenaga pengajar di tadika ini dan dibantu oleh dua orang pembantu guru serta
dua orang tukang masak. Kesemua guru di tadika ini sekurang-kurangnya mempunyai
Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tadika ini beroperasi bermula pukul 7.30
pagi hingga 12.30 tengahari untuk waktu belajar dan 12.30 tengahari hingga 5.00
petang untuk waktu transit..
Tadika
ini dikenali sebagai Tadika Islam Aliran Inggeris (Islamic Kindergarten) merupakan
tadika yang mengamalkan sistem pendidikan yang terkini bagi kanak-kanak yang
berumur 5 hingga 6 tahun. Tadika ini berkonsepkan penerapan nilai-nilai murni
mengikut Islam berpandukan kurikulum prasekolah iaitu belajar sambil bermain
yang bertujuan untuk melahirkan insan yang hebat, benar dan solehin.
Sesungguhnya anak yang soleh melahirkan generasi yang cemerlang.Penubuhan
tadika berasaskan konsep Islamic Kindergarten
adalah atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang mempunyai
pendidikan yang cemerlang dari segi akademik, sakhsiah, akhlak dan agama, di samping
tidak mengabaikan dari sudut rohani dan jasmani mereka.
Pelbagai
aktiviti yang diterapkan tidak kira sama ada berbentuk ilmiah, kesenian,
kecerdasan dan sebagainya atas tujuan melahirkan jiwa-jiwa yang kental dan
bersemangat serta berpengetahuan luas. Sejajar dengan itu, harapan agar
anak-anak yang terdidik di Tadika Little Kelly Kindergarten ini berjaya menjadi
manusia yang cemerlang serta mampu menjadi anak yang bermanfaat kepada dirinya
sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.