Showing posts with label KK. Show all posts
Showing posts with label KK. Show all posts

Latar Belakang Tadika


Latar belakang Tadika Little Kelly Kindergarten

Tadika Little Kelly Kindergarten telah ditubuhkan pada 5 Januari  2011 oleh Abdul Muiz Bin Muhamad yang juga merupakan pengusaha tadika ini. Tadika ini terletak di Selangor  beralamat Taman Millenium no 20, Lorong Az-Zahrah,Rawang Selangor.  Kedudukan tadika ini yang berada dikawasan deretan perumahan  menjadikan tadika ini terkenal dikawasan tersebut.

                Tadika ini merupakan hak milik persendirian oleh En.Muiz yang dibantu oleh Pn. Norazila Binti Ismail. Terdapat  tiga orang guru yang menjadi tenaga pengajar di tadika ini dan dibantu oleh dua orang pembantu guru serta dua orang tukang masak. Kesemua guru di tadika ini sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tadika ini beroperasi bermula pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari untuk waktu belajar dan 12.30 tengahari hingga 5.00 petang untuk waktu transit..
Tadika ini dikenali sebagai Tadika Islam Aliran Inggeris (Islamic Kindergarten) merupakan tadika yang mengamalkan sistem pendidikan yang terkini bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Tadika ini berkonsepkan penerapan nilai-nilai murni mengikut Islam berpandukan kurikulum prasekolah iaitu belajar sambil bermain yang bertujuan untuk melahirkan insan yang hebat, benar dan solehin. Sesungguhnya anak yang soleh melahirkan generasi yang cemerlang.Penubuhan tadika berasaskan konsep Islamic Kindergarten  adalah atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang mempunyai pendidikan yang cemerlang dari segi akademik, sakhsiah, akhlak dan agama, di samping tidak mengabaikan dari sudut rohani dan jasmani mereka.

Pelbagai aktiviti yang diterapkan tidak kira sama ada berbentuk ilmiah, kesenian, kecerdasan dan sebagainya atas tujuan melahirkan jiwa-jiwa yang kental dan bersemangat serta berpengetahuan luas. Sejajar dengan itu, harapan agar anak-anak yang terdidik di Tadika Little Kelly Kindergarten ini berjaya menjadi manusia yang cemerlang serta mampu menjadi anak yang bermanfaat kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara. 


Carta Organisasi




Visi dan Misi

VISI

Little Kelly Kindergarten menjadi sebuah tadika yang berintegratif, berwawasan bagi melahirkan permata yang berkualiti.


MISI

- Menerap IT dalam pendidikan Islam secara efektif, kreatif dan inovatif.
- Memastikan kanak-kanak menguasai Bahasa Inggeris dalam pembelajaran.
- Memupuk kanak-kanak berketrampilan mengikut panduan Islam.
- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.


Matlamat dan Objektif

MATLAMAT

- Meningkatkan penggunaan IT dalam pendidikan Islam kearah positif.
- Penguasaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran untuk persediaan masuk ke sekolah rendah.


OBJEKTIF

- Melahirkan kanak-kanak yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia di dunia dan akhirat.
- Menguasai 3M sebagai persediaan awal ke sekolah rendah.
- Mampu berkomunikasi menggunakan bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris.
- Melahirkan kanak-kanak yang menguasai penggunaan IT dalam pembelajaran.


Staf dan Kakitangan

Staf dan Kakitangan Little Kelly Kindergarten













 

Little Kelly Kindergarten Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting