Lawatan
Tadika tahun 2012 ni ke Melaka. Peserta pelajar tadika 5 dan 6 tahun. Kali dua
buah bas di sewa. Naik bas Nadi Putra. Tarikh pergi, 14 Jun 2012. Bertolak 8.00
pagi dari sekolah. Guru pengiring, 4 orang. Melawat 2 tempat, Zoo Melaka di
Ayer Keroh dan Kompleks Falak Al Khawarizmi di tanjung Bidara.
Seronok tapi penat. Sampai Rawang lewat, pukul 9.00 malam baru sampai. Minta
maaf banyak-banyak kepada ibubapa. Ada masalah semasa lawatan. Ada pelajar
terpaksa dihantar ke klinik. Tu yang agak lama menunggu tu. Yang lain-lain
Alhamdulillah OK. Semua selamat sampai di Rawang.
Terima kasih juga kepada abang pemandu bas. Maklumlah anak-anak kami
kadang-kadang terlebih excitednya.